langkah pemasangan sistem operasi

1
Mulakan dengan restart semula kompute dan menekan butang “F10” Untuk memasuki BIOS dan menetapkan “Boot Order” Supaya “CD-ROM” atau “USB” (bergantung pada medium pemasangan) menjadi keutamaan semasa proses startup,  Setelah penetapan dilakukan gunakan fungsi “save change and exit” untuk mengekalkan tetapan yang telah dilakukan dan teruskan dengan proses rebooting


2
Semasa proses reboot akan keluar arahan kepada pengguna agar menekan apa butang pada key untuk membenarkan sistem untuk boot melalui CD/DVD yang mengandungi fail pemasangan windows tersebut, dan seterusnya memulakan proses pemasangan windows setelah sistem selesai “Loading Files”, Apabila keluar tetingkap pemasangan windows pada bahagian “time and currency” tukarkan kepada “English(Malaysia)” dan tekan butang next

3
a.      Tekan butang “Install Now” dan tunggu sehingga setup loading selesai loading file yang akan digunakan.
b.      Apabila keluar tetingkap pemilihan versi windows, pilih versi yang sesuai dengan spesifikasi unit sistem agar windows dapat digunakan dengan lancar tanpa sebarang masalah
c.       Tekan butang next untuk ke proses dan prosedur seterusnya.

4
a.      tandakan pada “i accept the license term” dan tekan butang next
b.      Tekan pilihan custom (advance)
c.       Lakukan pembahagian “HDD” dengan memilih pilihan “new” dan menekan butang apply setelah memasukkan saiz yang dikehendaki
d.      Pilih “Disk 0 Partition 2” dan tekan butang Next untuk memulakan proses pemasangan














5
a.      Setelah selesai proses pemasangan , masukkan Username dan Password bagi pc yang digunakan
b.      Masukkan product key bagi windows yang diguna untuk mengaktifkan windows dan tekan butang next
c.       Tekan butang use recommended setting bagi windows update dan pasti waktu dan tarikh mengikut timezone yang betul.






6
Tunggu sehingga window selesai membuat “Finalizing Setting” dan memasuki sistem operasi windows 7 yang telah dipasang pada komputer















Comments

Popular Posts